Tuesday, October 14, 2014

Pengenalan Kepada Rangkaian

Perkembangan Rangkaian

Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Perkembangan rangkaian komputer bermula pada tahun 1969 ketika jabatan Pertahanan Amerika membentuk Defense Advance Research Projects Agency (DARPA) yang bertujuan mengadakan penyelidikan mengenai cara menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk rangkaian.Program penyelidikan ini dikenali dengan nama ARPANET ( Advance Research Projects Agency Network ). Pada tahun 1970 lebih dari 10 komputer telah berhasil dihubungkan, saling berkomunikasi dan membentuk sebuah rangkaian.

Pada tahun 1972, Roy Tomlinson berhasil menyempurnakan program emel yang ia ciptakan setahun yang lalu untuk penyelidikan ARPANET. Program emel dengan begitu mudahnya popular pada saat itu dan pada waktu yang bersamaan diperkenalkan [@] "at" atau "pada" sebagai ikon dari emel tersebut. Pada tahun 1973, jaringan komputer yang diberi nama ARPANET mulai dikembangkan meluas keluar dari Amerika Syarikat. University College di London merupakan komputer anggota rangkaian ARPANET pertama di luar Amerika Syarikat. Pada tahun yang sama dua orang ahli komputer Vinton Cerf dan Bob Khan membentangkan sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet. Idea ini dipersembahkan untuk pertama kalinya di Sussex University.

Hari bersejarah berikutnya terjadi pada tanggal 26 Mac 1976 ketika itu ratu Inggeris berhasil mengirimkan sebuah emel dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Setahun kemudian, lebih dari 100 komputer telah bergabung dalam sistem ARPANET dan membentuk sebuah rangkaian atau Network.

Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin pada tahun 1979 menciptakan Newsgroups pertama yang diberi nama USENET (User Network). Pada tahun 1981 France Telecom mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia (pengguna dapat saling menelepon sambil berinteraksi dengan video link ).

Seiring dengan bertambahnya komputer yang membentuk rangkaian, diperlukan sebuah protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian. Sehingga pada tahun 1982 terbentuk sebuah jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau lebih dikenal dengan sebutan Internet Protocol (IP) yang dikenali sehingga saat ini. Sementara itu di Eropah muncul sebuah rangkaian saingan yang dikenali dengan Europe Network (EUNET) yang meliputi wilayah Belanda, Inggeris, Denmark, dan Sweden. Jaringan EUNET ini mennggunakan emel dan newsgroup USENET.

Pada tahun 1984 diperkenalkan sistem dengan nama DOMAIN yang lebih dikenali dengan Domain Name System ( DNS ). Tujuannya untuk menyeragamkan alamat rangkaian komputer yang sudah ada dengan sistem DNS komputer yang tersambung dengan jaringan melebihi 1000 komputer. Pada tahun 1987 bilangan komputer yang bersambung  ke rangkaian melonjak 10 kali ganda menjadi 10000  lebih komputer.

Pada tahun 1988 Jarkko Oikarinen seorang berbangsa Finland mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) yang membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting). Setahun kemudian jumlah komputer yang saling berhubungan melonjak ke 100000 komputer. Pertengahan tahun 1990 merupakan tahun yang paling bersejarah ketika Tim Berners Lee merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian. Program ini dikenali sebagai 
WWW atau World WideWeb.


Pada tahun 1992 komputer yang membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 komputer. Pada tahun yang sama muncul satu istilah iaitu Surfing (menjelajah). Pada tahun 1994 laman sesawang dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat halaman) dan pertama kalinya Virtual Shopping atau e-retail muncul dalam pelbagai situasi. Dunia langsung berubah dengan adanya Search Engine Pertama, iaitu Yahoo yang dibangunkan oleh David Filo dan Jerry pada bulan April 1994.  Netscape Navigator 1.0 dilancarkan penghujung tahun 1994.